Jumaat, 6 Mac 2015

PENDAHULUAN


Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman prasejarah. Pada masa kini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Struktur pentadbiran yang jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kuasa pemerintahan pada masa ini dipegang oleh sultan yang mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Ini berlaku apabila British campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran negara. Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan, iaitu pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. emua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[2] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya

OBJEKTIF

1. Perbincangkan tentang Raja-raja Perlembagaaan , bermaksud sistem beraja mengikut         peraturan perlembagaan iaitu perlembagan Malaysia .

2. Mengenalpasti tentang Yang Di-Pertuam Agong , sebagai ketua negara , berhubung itu badan eksuektif  Yang Di-Pertuan Agong memainkan empat paranan penting.

3.Membincangkan tentang Majlis Raja-raja , Contoh-contoh Majlis ialah seperti keanggotaan dan peranan , Budi Bicara , Mesyuarat, dan persidangan . 

4.Mengenalpapsti tentang Badan-badan pertadbiran :\
   (a) Tentang kabinet ,
   (b) mengenalpasti tetang menteri .
   (c) perbincangkan tentang perbadanan Awam
   (d) Surahanjaya di malaysia .

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA


Raja Berpelembagaan:


     Raja Berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Perlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-Raja.
    
     Majlis Raja-Raja dalam bentuk yang agak berbeza sedikit daripada yang wujud sekarang lebih awal daripada institusi Yang di-Pertuan Agong manakala sistem beraja pula memeang sedia ada sejak zamamn sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada Sembilan raja negeri-negeri yang ada. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara. Baginda adalah juga ketua raja-raja di seluruh negara, sementara Sultan Yang di-pertuan Besar (bagi Negeri Sembilan) dan Raja (bagi Perlis) addalah Ketua Negeri masing-masing. Bagaimanapun dari segi jentera pentadbiran sebenar negara, ia diketuai oleh Perdana Menteri.


Yang Di-Pertuan Agong:



     Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara atau persekutuan, mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau Jemaah Menteri. Perlembagaan memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda dalam hal ini. Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan  budi bicaranya, di samping dikehendaki mematuhi konvensyen dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan sistem Raja berpelembagaan.

     Berhubung badan eksekutif, Yang di-Pertuan Agong memainkan sekurang-kurangnya empat (4) peranan penting. Pertama, Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif di tangan Yang di-Pertuan Agong. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Seterusnya Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugasnya, baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah menteri. Dan seterusnya Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti betindak atas nasihat yang diberikan itu.

     Kedua, sebagai ketua Negara, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 40(2[a]) memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk melantik Perdana Menteri. Ini adalah satu daripada dua perkara yang disebutkan yang baginda boleh bertindak atas budi bicara. Namun demikian, sebagai ketua Negara sebuah sistem politik yang mengamalkan demokrasi berparlimen, baginda dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan parlimen mematuhi amalan biasa dalam hal ini. Ini bermakna baginda dikehendaki melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda akan mendapat sokongan majoriti di dewan tersebut. Dan biasanya, orang ini merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihan raya Parlimen sebelum ini.

     Ketiga, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan  kepada Yang di-Pertuan Agong kuasa melantik Jemaah Menteri, dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut - iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), selepas itu barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a] Perlembagaan Persekutuan).
     Keempat, Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukkan kuasa mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen melalui Perkara 40(2[b]) Perlembagaan Persekutuan. Ini adlah pekara yang Baginda boleh bertindak atas budi bicara. Tetapi, biasanya permintaan membubarkan Parlimen adalah atas permintaan atas seorang Perdana Menteri.

    Pada peringkat negeri, khususnya Sarawak, seorang Gabenor (Yang Di Pertuan Negeri) boleh menolak permintaan dari seorang ketua menteri supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Sebaliknya, Gabenor boleh memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang supaya sokongan seorang Ketua Menteri itu dapat ditentukan. Sekiranya beliau telah hilang sokongan majoriti melalui undian tidak percaya, Gabenor boleh memecatnya dan melantik seorang Ketua Menteri yang baru. Perkara dan peruntukan ini diluluskan melalui kuasa Darurat 1966.

     Bagaimanapun, budi bicara seorang Yang di-Pertuan Negeri, Raja atau Sultan sebuah negeri adalah terhad kerana seperti juga Yang di-Pertuan Agong yang mesti menerima nasihat Perdana Menteri, Yang Dipertuan Negeri, Raja dan Sultansebuah negeri juga tertakluk kepada peruntukan yang serupa melalui pindaan kepada perlembagaan negeri.


Majlis Raja-Raja:



     Satu lai institusi yang terdapat di peringkat persekutuan dan terpelihara oleh Perlembagaan ialah Majlis Raja-Raja (Perkara 38, [1]). Istitusi ini mula tertubuh dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ini adalah ekoran daripada perjuangan orang Melayu menentang gagasan Malayan Unionyang telah mengetepikan kuasa dan kedaulatan raja-raja dalam urusan adat istiadat dan ketua agama (Kesepakatan Raja-Raja Melayu yang ditunjukkan pada masa itu masih tebal semangatnya hingga sekarang). Pada peringkat awal penubuhannya, perjuangan institusi  ini lebih merupakan usaha mengembalikan kedaulatan Raja-Raja dari terhakis dari kerakusan pihak penjajah yang memonopoli kuasa dan kekuasaan. Dalam pemerintahan negara masa kini pula, perjuangan Majlis ini lebih tertumpu ke arah berganding bahu dengan pihak kerajaan sama-sama menyumbang kepada memperteguhkan sistem pengurusan pemerintahan negara.

     Majlis ini dianggotai oleh Raja/Sultan dari 9 buah negeri dan juga Yang Dipertua Negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak. Walau bagaimanapun, dalam Persidangan Raja-Raja, orang lain boleh mewakili baginda Sultan/raja atau Yang Dipertua Negeri dengan syarat Perlembagaan Negeri masing-masing mengizinkan.

     Dua peranan pertama di atas boleh diklasifikasikan sebagai peranan menhaga kepentingan dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang dimanifestasiakan dengan penerusan institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong perlu diingatkan bahawa Yang Dipertua Negeri tidak boleh mengundi. Yang Dipertua Negeri ini juga tidak boleh menjadi calon Yang di-Pertua Agong. Hanya Raja-Raja/Sultan yang layak memilih atau dicalonkan. Majlis Raja-Raja juga bertindak sebagai badan pemutus dalam soal-soal agama di negeri masing-masing. Sementara itu tugas-tugas lain boleh disifatkan sebagai membantu melincinkan lagi perjalanan pentadbiran Negara. 

Budi bicara Majlis Raja-Raja:
Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugass-tugas yang berikut iaitu:-

  1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
  2. Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh perlembagaan.
  3. Mempersetujui atau tidak persetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
  4. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.
  5. Pelantiakn anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
  6. Pemberi ampun, replief dan respite atau premitan, penggantungan atau peringatan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 12.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja:
     Semua raja-raja dan para Yang di-Pertuan Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seortang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itui mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri.
     Para Yang di-Pertuan Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.
     Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.


Persidangan Majlis Raja-Raja:
     Persidangan Majlis Raja-Raja siadakan sebanyak 3 atau 4 kali setahun dan setiap persidangan mengambil masa selama 3 hari. Setiap Persidangan dipengerusikan oleh seorang Raja yang terkanan. Prosedur ini bertujuan memberi peluang kepada semua Raja menjadi pengerusi Majlis dan menggambarkan semangat kesepakatan Raja-Raja. Dalam tempoh 3 hari persidangan itu berlangsung, baginda hanya mempengurusikannya pada hari kedua dan ketiga dan ini tertakluk atur cara perjalanan persidangan itu sendiri. Majlis Raja-Raja ini adalah luhurdan juga praktikal. Ia buakan sesuatu yang simbolik dan bukan sesuatu yang kudus.badan ini berperanan dan proses membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Ia juga terlibat dalam membincangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya memberi pandangan terhadapnya.
     Persidangan Majlis Raja-Raja boleh dianggap satu 'forum' perbincangan tertutup antara Raja-raja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengambil ketetapan demi kepentingan negara. Melalui suasana tertib dan bersopan segala persoalan dan penerangan dapat dibincangkan dengan sempurna antara pelbagai pihak yang mewakili kepetingan pihak-pihak berkenaan. Pendek kata, keputusan secara kolektif yang diambil dalam persidangan ini boleh dianggap sebagai satu usaha sama pihak dan rakyat dan pihak yang lain ke arah mewujudkan satu sitam pengurusan pentadbiran Negara yang bekesan. Kesemuanya ini boleh terlaksana berasaskan prinsip raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen itu sendiri yang menjadi teras sistem pemerintahan negara ini.




konsep Pengasingan kuasa 
Yang di-pertuan agong, sebagai ketua negara atau persekutuan mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau jemaah menteri. 
berhubung badan eksekutif , yang pertuan agon memainkan sekurang-kurang empat (4) peranan penting . pertama, perkara 39 perlembagaan persekutuan meletakkan kuasa ekskutif di tangan yang di-pertuan agong. ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.



BADAN PENTADBIRAN

a) Kabinet:
Dari segi sejarah, Jemaah menteri telah dimulakan sebelum Negara kita merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 melalui pengenalan sistem ahli. Melalui sistem ahli, seorang ahli akan dilantik di mana jawatannya adalah sama seperti tugas seorang menteri. Melalui sistem ini, beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli. Sistem ahli berkahir apabila pilihan raya umum pertama diadakan pada bulan ogos 1955
Selepas pilihan raya umum 1955, sebuah kerajaan baru dibentuk di mana parti perikatan telah memenangi daripada 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerajann parti perikatan telah melantik tunku abdul Rahman putra al haj sebagai ketua menteri dan seiring dengan itu lahir pula sebuah cabinet moden pra merdeka. Selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan , pada 31 ogos 1957, tunku abdul Rahman dilantik menjadi perdana menteri yang pertama dan mengetuai cabinet pertama yang dibentuk selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan

Jemaah menteri yang ulung telah mengadakan mesyuarat yang pertama di majlis undangan persekutuan kuala lumpur pada 10 september 1957. Dalam mesyuarat tersebut, buat pertama kalinya pemimpin-pemimpin tempatan telah mengambil alih tempat pengawai inggeris. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh perdana menteri dalam kabinet ini, menteri-menteri terdiri daripada pemimpin-pemimpin perikatan UMNO-MCA-MIC yang menang dalam Pilihan Raya Umum 1955. Sistem kabinet ini berlanjutan hingga hari ini


Sistem kabinet
Bertindak sebagai ketua negara atau ketua Persekutuan dan mempunyai beberapa peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah Menteri). YDPA memainkan empat peranan utama iaitu:
i.              Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan.

ii.             Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.

iii.            Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

iv.           Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen.  
 PERDANA MENTERI


Ketua Jemaah Menteri
Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet.

Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana Menteri mengenai siapa yang patut dilantik agak terbatas kerana beliau perlu mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.


Ketua Pentadbir Utama
Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama negara. Ini kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:
i.              Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
ii.             Mengubah sikap pengawai perkhidmatan awam
iii.            Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta

 Ketua Parti Pemerintah
Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti poltik. Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan yang dipimpin oleh UMNO) dilantik sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan kerajaan.

Pegawai Diplomatik Utama
Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Oleh itu, beliau memainkan peranan seperti berikut:
a.         Hubungan Dengan Negara Luar
Seorang Perdana Menteri menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, termasuk meletak dan menetukan taraf perwakilan di sesuatu negara luar itu.

b.         Peranan Malaysia Di Arena Antarabangsa 
Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personaliti dan kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas keputusan untuk berbuat demikian


 b) Kementerian:
Jenis-Jenis Kementerian Di Malaysia
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25


Objektif danFungsi Kementerian


1- Jabatan Perdana Menteri
Objektifnya
a)merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat Negara untuk perlaksanaan dan pencapaian maklumat dasar-dasar kerajaan
b) menentukan segala projek pentadbiran kerajaan, personal, penyelarasan perlaksanaan projek pembangunan, pemodenan organisasi kerajaan, istiadat dan protocol, hal-ehwal agama islam serta pengurusan persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditentukan dari semasa ke semasa
Fungsi
a) mengawas dan menyelaras semua polisi kerajaan serta implementasinya
b) Menyelia serta menyelaras semua aktiviti bahagian-bahagian dan jabatan-jabatan dibawahnya
c) Menyediakan khidmat urus setia kepada beberapa jawatankuasa kabinet dan jawatankuasa kebangsaan


2 Kementerian Pertahanan

Objektif
a) Membentuk k-force yang kompeten dengan keupayaan mengurus dan mengendali teknologi pertahanan yang canggih
b) Menjadikan organisasi Angkatan Tentera Malaysia(ATM) sebagai satu markas pertahanan yang efisien dalam melaksanakan tugas-tugas kombat
c) Mempertingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D dan pembangunan industry
d) Memperkukuh hubungan pertahanan serantau

Fungsi
a) Menguruskan pertahanan Negara
b) Melaksanakan dasar pertahanan Negara serta dasar-dasar kerajaan yang lain
c) Menyediakan khidmat pengurusan dan pentadbiran ATM
d) Mengurus sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan Negara


3 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Objektif
·         Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan komoditi bagi memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa;
·         Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi perladangan dan industri berasaskan komoditi;
·         Meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi dalam pembangunan sosio-ekonomi serta pertumbuhan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);
·         Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah dalam sektor perladangan dan komoditi; dan
·         Memastikan pembangunan sektor perladangan dan komoditi berkembang secara mampan dan mesra alam.
.    Segala kegiatan menteri dilaksanakan melalui Sembilan bahagian
1.   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
2.   Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan
3.   Bahagian Kemajuan Industri Getah
4.   Bahagian Kemajuan Industri Minyak, Sayuran dan Lelemak
5.   Bahagian Kemajuan Industri Koko , Tembakau dan Lada Hitam
6.   Bahagian Perhubungan Antarabangsa
7.   Bahagian Perancangan Strategik dan Korporat
8.   Bahagian Kemajuan Industri Kayu-kayan
9.   Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Fungsi
·       Bertanggungjawab ke atas pembangunan sector komoditi utama yang meliputi aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran bagi komuditi kayu kayan, kelapa sawit, getah, koko, lada hitam dan tembakau
·       Menjamin pembangunan sektor komuditi melalui kegiatan hiliran
·       Menggalakkan kegiatan pemasaran komoditi terutama keluaran-keluaran yang sudah diproses dan separa proses
Kementerian dibantu enam agensi


4 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Objektif
·       Melaksanakan dengan cekap dan berkesan segala dasar, undang-undang dan peraturan berhubung dengan imigrisen, kemasukan warga asing, pendaftaran Negara, kewarganegaraan, penafisan filem, pertubuhan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(RELA)
·       Memberikan perkhidmatan kepasa orang ramai dengan pantas dan bermutu selara dengan piawaian antarabangsa
·       Meletakkan kementerian pada tahap yang terbilang di peringkat Negara dan serantau
·       Memastikan pada setiap masa, hala tuju dan perlaksanaan dasar-dasar dalam kementerian selaras dengan objektif dan wawasan Negara Malaysia


5 – Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

Objektif
·       Bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam negeri
·       Mengawasi perjalanan urusan jabatan polis, pertahanan sivil, RELA, unit-unit pencetakan, penerbitan, agensi nasional Anti-Narkotik dan Suruhanjaya Polis
Jabatan
·       Polis Diraja Malaysia
·       Jabatan Pertahanan Awam
·       Jabatan Penjara Malaysia
·       RELA
·       Fungsi mesin cetak dan penerbitan
·       Pencetakan Nasional Malaysia Bhd
·       Agensi Dadah Kebangsaan
·       Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)


6 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
·       Menjadi agensi peneraju dalam kemajuan sains dan teknologi
·       Mewujudkan persekitaran yang kondusif


7 – Kementerian Belia dan Sukan
·       Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi
·       Mewujudkan dan membentuk belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani


8 – Kementerian Kesihatan

Objektif
·       Membantu seseorang individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan
·       Menyediakan khidmat kesihatan asas untuk rakyat

Fungsi
·       Untuk merancang, menggubal, melaksana dan menilai dasar-dasar kesihatan negara
·       Untuk mengadakan kemudahan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat


9 – Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
·       Menggalak, memaju dan membimbing pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bandaran yang bermutu tinggi
·       Memastikan kemajuan perumahan yang sempurna, selesa
·       Memastikan keselamatan nyawa dan harta benda
·       Mengawal selia pembentungan seluruh Negara
·       Mewujudkan pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang selamat

Fungsi
·       Merancang dan melaksanakan dasar dan program kementerian sesuai dengan matlamat dasar pembanguna Negara
·       Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada rakyat
·       Mewujudkan Pihak Berkuasa Tempatan yang kukuh dan mampu menyumbang kea rah mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah
·       Memberikan perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran
·       Memperkukuh dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, social, ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976


10 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
·       Agensi atau jabatan yang termasuk ialah
1.    Jabatan Muzium dan Anti kuiti
2.    Jabatan Arkib Negara
3.    Balai Seni Lukis Negara
4.    Kompleks Istana Budaya
5.    Akademi Seni Kebangsaan
6.    FINAS


11 – Kementerian Kewangan
Objektif
·       Menggubal dan melaksanakan dasar fiscal dan kewangan
·       Memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi Negara
·       Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berkhemah
·       Menjamin kekayaan Negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat


12 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
·       Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada pendapatan penduduk bandar
·       Mewujudkan desa berkualiti (Desa Q)
·       Mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan
·       Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran
·       100% kemudahan di kawasan desa
Fungsi
·       Meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar
·       Menyediakan perkhidmatan yang secukupnya
·       Memodenkan dan menyusun semula kawasan kampong


13 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
·       Ditubuhkan 1961
1.    Jabatan Penyiaran
2.    Jabatan Penerangan
3.    Jabatan Filem Negara
4.    Jabatan Hal Ehwal Khas


14 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Objektif
·         untuk meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara; memelihara hak-hak dan kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa ada unsur diskriminasi;
·         memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
·         memantapkan institusi keluarga;
·         memastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan.

Fungsi
·       Merancang, menggubal dan melaksana undang-undang dan peraturan
·       Menjalankan tugas advokasi
·       Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan


15 – Kementerian Pengangkutan
·       Menyediakan rangkaian pengangkutan
·       Sistem pengangkutan yang moden dan cekap
·       Merancang , menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam
·       Menyediakan perkhidmatan lessen


16 – Kementerian Sumber Manusia
·       Membangunkan sumber tenaga kerja
Jabatan dibawahnya
1.    Jabatan Tenaga Manusia
2.    Jabatan Tenaga Kerja (SM)
3.    Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
4.    Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
5.    Mahkamah Perusahaan
6.    Jabatan Perhubungan Perusahaan
7.    Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
8.    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
9.    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan


17- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
·       Menerajui proses-proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang dan menyeluruh
·       Menggubal dan merancang dasar, stategi dan program pembangunan pertanian


18 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
·       Menggalakkan pembangunan perdangangan dalam negeri dan meningkatkan keberkesanan pelindungan pengguna
1.    Pembangunan perdangangan dalam negeri
2.    Perlindungan pengguna dan kepenggunaan
Pengawal seliaan badan-badan berkanun di bawak KPDN&HEP
·       Suruhanjaya Syarikat , Malaysia (SSM) berhubung dengan dasar pembangunan syarikat, perniagaan dan hal ehwal korporat
·       Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) berhubung dasar pembangunan dan pentadbiran harta intelek


19- Kementerian Kerja Raya
Fungsi
·       Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Objektif
·         Memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh Kementerian dan semua agensinya.
·         Merancang dan menyelaras projek infrastruktur dan kemudahan awam negara.
·         Melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara.
·         Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan.
·         Mengawalselia kerja penyenggaraan jalanraya Persekutuan dan bangunan gunasama Persekutuan.
·         Mengendali dan mengawalselia operasi dan penyenggaraan lebuhraya.
·         Membangun dan mengembangkan industri pembinaan.
·         Membangun usahawan Bumiputera sector pembinaan.
·         Melaksanakan program pembangunan professional berterusan bagi meningkatkan tahap kepakaran.


20 – Kementerian Tenaga Teknologi Hijau
Objektif
·         Untuk memastikan wujudnya satu infrastruktur yang bersepadu, efisyen dan berkualiti tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi.
·         Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi.
·         Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan
·         Untuk memastikan servis mahupun penghantaran tenaga, air dan komunikasi di seluruh negara adalah efisyen serta efektif dengan harga yang termampu di samping meningkatkan produktiviti seharian juga kualiti hidup.
·         Untuk memastikan bekalan atau keperluan mahupun peruntukan tenaga, air serta komunikasi sentiasa berterusan dan terjamin.
·         Untuk mewujudkan sistem pengawalseliaan yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran di samping mengawal kesan yang mungkin timbul daripada industri tenaga, air dan komunikasi kepada masyarakat mahupun persekitaran.
·         Untuk terus-menerus mempertingkatkan sistem sokongan pengurusan korporat.


21 – Kementerian Pendidikan Malaysia
Nama-nama jabatab di bawah KPM
1.    Dewan Bahasa dan Pustaka
2.    Majlis Peperiksaan Malaysia
3.    Perpustakaan Negara Malaysia
4.    Institut Terjemahan Negara Malaysia
5.    Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
6.    Yayasan Tunku Abdul Rahman

22 - Kementerian Luar Negara:
    
 Objektif Kementrian Luar Negara adalah melindunngi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah satu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomadi proaktif.
     Kementerian ini diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan dan promosi sosial budaya.
     Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menetapi objektif tertentu, iaitu menguruskan hubungan 2 hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi politik, ekonomi dan kebudayaan. Selain itu, mempromosikan pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing. Seterusnya, menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mempromosikan imej negara di luar negeri. Selepas itu, mengedalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsuler, keselamatan dan komunikasi.


23 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
   
  Objekti Kementrian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar perdagangan luar dan industri negara supaya berkembang dengan pesat ke arah pencapaian Dasar Ekonomi Negara dan Wawasan 2020 Malaysia.

c) Perbadanan Awam: perbadanan awam ialah separa kerajaan. ianya juga menjalankan kegiatan berunsurkan perniagaan.Kerajaan mempunyai ekuiti(SAHAM) dalamnya dan juga dikenali sebagai GLC


24 – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Nama-nama jabatan di atasnya ialah
1.    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Kementerian Perusahaan Utama)
2.    Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Kementerian Perusahaan Utama)
3.    Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi)
4.    Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi)
5.    Jabatan Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ((Kementerian Perusahaan Utama)
6.    Institut Tanah dan Ukur Negara (Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi)
7.    Jabatan Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)
8.    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman-Taman Negara (PERHILITAN) (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)
9.    Taman Laut (Kementerian Pertanian)
10.                       Jabatan Pengairan dan Saliran (Kementerian Pertanian)


25- Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

·         Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
·         Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
·         Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
·         Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
·         Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
·         Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.


  1. Tujuan perbadanan awam :

  • Membantu jabatan kerajaan
  • Kerajaan terlibat dalam bidang sosoiekonomi
  • kerajaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam
  • menambahkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi
    2. Sruktur Organisasi
  • ketua lambaga pengarah dilantik YDPA
  • Menteri melantik pegawai-pegawai kanan kementerian menganggotai lembaga pengarah
  • Fungsi lembaga pengarah membentuk dasar dan mengawal pelaksanaan perbadanan awam
  • bahagian-bahagian penting dalam perbadanan awam ialah:-
         - Bahagian pentadbiran
         - Bahagian Kewangan
         - Bahagian perancangan dan penyelidikan

    2. perbadanan awam mempunyai dua jenis undang-undang iaitu 

  • Badan-badan berkanun
  • Badan-badan bukan berkanun



BADAN BERKANUN
CIRI-CIRI
Pertubuhan
·         Organisasi ditubuh di bawah AktaParlimen atau Enkmen Negeri
Ahli
·         Diketuai oleh pegurus Besar yang dilantik oleh yang di-pertuan Agong.
·         Jabatan perkhidmatan Awam dan perbendaharaan mesti dirujuk sebelum mengubah bilangan pekerja
Kawalan
·         Organisasi ini secara langsung dikawal oleh menteri yang mengariskan dasar-dasar penting organisasi dan mengawal kegiatannya
·         Agensi-agensi pusat yang membuat anggaran belanjawan tahunan dan rancangan pembangunan  lima tahu badan-badan berkenaan
Fungsi
·         Terlibat dalam pembangunan sosioekonomi Negara
·         Melicinkan pentadbiran dengan mngurangkan birokrasi

Contoh
·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
·         Perbadanan pembangunan Bandar (UDA)












BADAN TIDAK BERKANUN
CIRI-CIRI
Pertubuhan
·         Organisasi ditubuhkan dibawah akta Syarikat 1965
Ahli
·         Pengurus Besar sebagai Ketua eksekutif yang dilantik oleh Yang di-pertuan Agong
Kawalan
Kerajaan mempunyai ekuiti ke atasnya dengan kawalan menteri secara tidak langsung
·         Dasar-dasarnya ditentu dan dijalankan oleh Lembaga Pengarah
·         Perbelanjaan tertakluk kepada organisasi sendiri
·         Bebas menjawat kakitangan tanpa rujukan kepada agensi kerajaan.
Fungsi
·         Menjalankan kegiatan bercirikan perniagaan untuk memperolehi keuntungan bagi kerajaan
·         Melaksanakan bidang sosioekonomi yang tidak mampu diceburi oleh sector swasta.
·         Syarikat induk dengan anak-anak syarikat membangunkan negara

Contoh
·         Sistem pernerbangan Malaysia(MAS)
·         Syarikat perkapalan Antarabangsa(MISC)
d) Suruhanjaya:
Suruhanjaya merupakan suatu badan bebas. Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-pertuan Agong. Terdapat 3 jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Di Raja:
1) Suruhanjaya Pilihan Raya: Berfungsi menjalankan pilihan raya.
2) Suruhanjaya Perkhidmatan: Berfungsi menguruskan anggota perkhidmatan dari segi perlantikan, kenaikan pangkat atau tindakan tata tertib. Contoh; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera, 
3) Suruhanjaya Di Raja: Berfungsi menjalankan siasatan, rumusan dan cadangan atas nama Yang di-Pertuan Agong untuk disampaikan kepada kerajaan. Contoh suruhanjaya: Suruhanjaya Athi Nahappan (1976) penyusunan semula Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Polis (2000)

SEMANGAT PATRIOTISME 

Cara Meningkatkan Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Masyarakat

Pelajar
·        membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.


Masyarakat
·       menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan.