Jumaat, 6 Mac 2015

PENDAHULUAN


Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman prasejarah. Pada masa kini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Struktur pentadbiran yang jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kuasa pemerintahan pada masa ini dipegang oleh sultan yang mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Ini berlaku apabila British campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran negara. Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan, iaitu pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. emua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[2] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan