Jumaat, 6 Mac 2015

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA


Raja Berpelembagaan:


     Raja Berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Perlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-Raja.
    
     Majlis Raja-Raja dalam bentuk yang agak berbeza sedikit daripada yang wujud sekarang lebih awal daripada institusi Yang di-Pertuan Agong manakala sistem beraja pula memeang sedia ada sejak zamamn sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada Sembilan raja negeri-negeri yang ada. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara. Baginda adalah juga ketua raja-raja di seluruh negara, sementara Sultan Yang di-pertuan Besar (bagi Negeri Sembilan) dan Raja (bagi Perlis) addalah Ketua Negeri masing-masing. Bagaimanapun dari segi jentera pentadbiran sebenar negara, ia diketuai oleh Perdana Menteri.


Yang Di-Pertuan Agong:



     Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara atau persekutuan, mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau Jemaah Menteri. Perlembagaan memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda dalam hal ini. Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan  budi bicaranya, di samping dikehendaki mematuhi konvensyen dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan sistem Raja berpelembagaan.

     Berhubung badan eksekutif, Yang di-Pertuan Agong memainkan sekurang-kurangnya empat (4) peranan penting. Pertama, Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif di tangan Yang di-Pertuan Agong. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Seterusnya Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugasnya, baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah menteri. Dan seterusnya Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti betindak atas nasihat yang diberikan itu.

     Kedua, sebagai ketua Negara, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 40(2[a]) memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk melantik Perdana Menteri. Ini adalah satu daripada dua perkara yang disebutkan yang baginda boleh bertindak atas budi bicara. Namun demikian, sebagai ketua Negara sebuah sistem politik yang mengamalkan demokrasi berparlimen, baginda dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan parlimen mematuhi amalan biasa dalam hal ini. Ini bermakna baginda dikehendaki melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda akan mendapat sokongan majoriti di dewan tersebut. Dan biasanya, orang ini merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihan raya Parlimen sebelum ini.

     Ketiga, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan  kepada Yang di-Pertuan Agong kuasa melantik Jemaah Menteri, dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut - iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), selepas itu barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a] Perlembagaan Persekutuan).
     Keempat, Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukkan kuasa mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen melalui Perkara 40(2[b]) Perlembagaan Persekutuan. Ini adlah pekara yang Baginda boleh bertindak atas budi bicara. Tetapi, biasanya permintaan membubarkan Parlimen adalah atas permintaan atas seorang Perdana Menteri.

    Pada peringkat negeri, khususnya Sarawak, seorang Gabenor (Yang Di Pertuan Negeri) boleh menolak permintaan dari seorang ketua menteri supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Sebaliknya, Gabenor boleh memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang supaya sokongan seorang Ketua Menteri itu dapat ditentukan. Sekiranya beliau telah hilang sokongan majoriti melalui undian tidak percaya, Gabenor boleh memecatnya dan melantik seorang Ketua Menteri yang baru. Perkara dan peruntukan ini diluluskan melalui kuasa Darurat 1966.

     Bagaimanapun, budi bicara seorang Yang di-Pertuan Negeri, Raja atau Sultan sebuah negeri adalah terhad kerana seperti juga Yang di-Pertuan Agong yang mesti menerima nasihat Perdana Menteri, Yang Dipertuan Negeri, Raja dan Sultansebuah negeri juga tertakluk kepada peruntukan yang serupa melalui pindaan kepada perlembagaan negeri.


Majlis Raja-Raja:



     Satu lai institusi yang terdapat di peringkat persekutuan dan terpelihara oleh Perlembagaan ialah Majlis Raja-Raja (Perkara 38, [1]). Istitusi ini mula tertubuh dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ini adalah ekoran daripada perjuangan orang Melayu menentang gagasan Malayan Unionyang telah mengetepikan kuasa dan kedaulatan raja-raja dalam urusan adat istiadat dan ketua agama (Kesepakatan Raja-Raja Melayu yang ditunjukkan pada masa itu masih tebal semangatnya hingga sekarang). Pada peringkat awal penubuhannya, perjuangan institusi  ini lebih merupakan usaha mengembalikan kedaulatan Raja-Raja dari terhakis dari kerakusan pihak penjajah yang memonopoli kuasa dan kekuasaan. Dalam pemerintahan negara masa kini pula, perjuangan Majlis ini lebih tertumpu ke arah berganding bahu dengan pihak kerajaan sama-sama menyumbang kepada memperteguhkan sistem pengurusan pemerintahan negara.

     Majlis ini dianggotai oleh Raja/Sultan dari 9 buah negeri dan juga Yang Dipertua Negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak. Walau bagaimanapun, dalam Persidangan Raja-Raja, orang lain boleh mewakili baginda Sultan/raja atau Yang Dipertua Negeri dengan syarat Perlembagaan Negeri masing-masing mengizinkan.

     Dua peranan pertama di atas boleh diklasifikasikan sebagai peranan menhaga kepentingan dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang dimanifestasiakan dengan penerusan institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong perlu diingatkan bahawa Yang Dipertua Negeri tidak boleh mengundi. Yang Dipertua Negeri ini juga tidak boleh menjadi calon Yang di-Pertua Agong. Hanya Raja-Raja/Sultan yang layak memilih atau dicalonkan. Majlis Raja-Raja juga bertindak sebagai badan pemutus dalam soal-soal agama di negeri masing-masing. Sementara itu tugas-tugas lain boleh disifatkan sebagai membantu melincinkan lagi perjalanan pentadbiran Negara. 

Budi bicara Majlis Raja-Raja:
Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugass-tugas yang berikut iaitu:-

  1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
  2. Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh perlembagaan.
  3. Mempersetujui atau tidak persetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
  4. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.
  5. Pelantiakn anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
  6. Pemberi ampun, replief dan respite atau premitan, penggantungan atau peringatan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 12.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja:
     Semua raja-raja dan para Yang di-Pertuan Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seortang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itui mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri.
     Para Yang di-Pertuan Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.
     Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.


Persidangan Majlis Raja-Raja:
     Persidangan Majlis Raja-Raja siadakan sebanyak 3 atau 4 kali setahun dan setiap persidangan mengambil masa selama 3 hari. Setiap Persidangan dipengerusikan oleh seorang Raja yang terkanan. Prosedur ini bertujuan memberi peluang kepada semua Raja menjadi pengerusi Majlis dan menggambarkan semangat kesepakatan Raja-Raja. Dalam tempoh 3 hari persidangan itu berlangsung, baginda hanya mempengurusikannya pada hari kedua dan ketiga dan ini tertakluk atur cara perjalanan persidangan itu sendiri. Majlis Raja-Raja ini adalah luhurdan juga praktikal. Ia buakan sesuatu yang simbolik dan bukan sesuatu yang kudus.badan ini berperanan dan proses membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Ia juga terlibat dalam membincangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya memberi pandangan terhadapnya.
     Persidangan Majlis Raja-Raja boleh dianggap satu 'forum' perbincangan tertutup antara Raja-raja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengambil ketetapan demi kepentingan negara. Melalui suasana tertib dan bersopan segala persoalan dan penerangan dapat dibincangkan dengan sempurna antara pelbagai pihak yang mewakili kepetingan pihak-pihak berkenaan. Pendek kata, keputusan secara kolektif yang diambil dalam persidangan ini boleh dianggap sebagai satu usaha sama pihak dan rakyat dan pihak yang lain ke arah mewujudkan satu sitam pengurusan pentadbiran Negara yang bekesan. Kesemuanya ini boleh terlaksana berasaskan prinsip raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen itu sendiri yang menjadi teras sistem pemerintahan negara ini.




konsep Pengasingan kuasa 
Yang di-pertuan agong, sebagai ketua negara atau persekutuan mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau jemaah menteri. 
berhubung badan eksekutif , yang pertuan agon memainkan sekurang-kurang empat (4) peranan penting . pertama, perkara 39 perlembagaan persekutuan meletakkan kuasa ekskutif di tangan yang di-pertuan agong. ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan